BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab2- semalam dalam kenangan





Sinaran matahari menyinar garang melalui jendela menganggu lenaku. Aku menggeliat lalu memandang jam dinding. Terkejutnya aku hingga melompat turun tergesa-gesa dari katil peraduanku. Aku ada temu janji dengan bakal tunanganku untuk membeli cincin pertunangan kami!
Aku bersiap-siap untuk mandi. Sedangku bertudung, mama masuk dan duduk di atas birai katil.
         “ Dah lebih setengah jam Ikhwan tunggu Ain..” khabar mama membuka cerita.
         Aku tersentak. Menelan liur. Rasa bersalah mula menjalar di dalam hatiku. Ketara benarkah yang sebenarnya aku tidak suka akan aturan hidup ini?
Aku mula turun ke bawah mendapatkan Ikhwan yang sedang duduk bersembang dengan abah. Mataku dan matanya saling bertaut. Ada sinar kecewa di matanya.
Maafkan aku Ikhwan.
Aku tidak mampu menzahirkan kata-kata itu di hadapannya lagi. Dia terlebih dahulu meminta izin abah untuk membawaku keluar meski abah sudah tahu tujuannya. Sedikit sebanyak hatiku tersentuh dengan perilakunya. Namun, jauh di sudut hatiku ini, aku tidak mahu menyimpan angan dan harapan. Aku takut bayang-bayangku sendiri akan pergi jauh meninggalkan.
Dari satu kedai emas ke kedai emas yang lain, namun aku masih belum membuat sebarang pilihan cincin untuk majlis esok. Nasib baiklah Cuma cincin saja yang belum diuruskan oleh abah dan mama, kalau semua yang lain belum aku yakin majlis esok akan berantakan dengan sikapku yang begini. Aku sesekali mengerling Ikhwan yang ada di sebelahku. Lama dia membisu semenjak aku tidak memberi pendapat tentang cincin yang dipilihnya tadi. Aku tidak mahu dia terbeban dengan harga yang dipilihnya meskiku tahu dia ikhlas. Tapi, apakah aku juga ikhlas sepertinya?
         “ Ain..” panggilnya sepi.
         Aku mengetap bibir. Menanti apa yang ingin dikatakannya. Aku benar-benar penat mendengar dia menabur segala janji. Aku takut mendengar!

Di sebuah restoran mewah itu, kami berhenti. Dia mengajak makan tengahari dulu. Biarlah. Lepas ini aku tidak akan membuang waktunya lagi. Aku akan menerima apa jua pilihan kerna aku tidak punya rasa selesa berdampingan dengannya untuk waktu terdekat ini. Aku perlukan masa!
         “ Ikhwan.. you buat apa kat sini?” sapa seseorang yang dengan tiba-tiba memeluk mesra bahunya di hadapanku.
Aku tersentak dengan kejadian yang tiba-tiba itu.  Suara wanita yang agak manja itu menyakitkan pendengaranku. Aku mengalihkan wajah dari memandang Ikhwan di hadapanku. Bukan bermaksud aku cemburu Cuma aku tidak suka diperbodohkan begitu.
         “ Tasya.. tolong lepas..” bicara Ikhwan perlahan namun menembusi benteng pendengaranku.
Aku menarik nafas. Bertahan dengan situasi itu.
         “ Ini tunangan saya..” perkenal Ikhwan namun aku sekadar mengangguk.
Perempuan yang disebutnya Tasya itu mula memberontak. Pasu bunga kecil di atas meja makan kami dilemparnya ke lantai.
         “Ikhwan, you jangan nak permainkan I” marah perempuan itu lantang.
Aku bertambah benci dengan insiden itu lantas mengambil keputusan untuk keluar dari situ. Ikhwan pantas menarik tanganku menghalangku dari terus berlalu. Mataku terpaku ke jemari yang menggengam lenganku itu. Dengan rasa marah aku merentap kembali tanganku dari genggaman itu. Aku pantas mempercepatkan langkah meninggalkan mereka di sana. Aku mencapai telefon bimbit dan menghubungi abang memintanya untuk mengambilku. Aku tidak mahu terjerat dengan rasa hati yang membuat aku keliru. Sungguh, aku benar-benar bingung dengan yang terjadi. Kehilangan apakah yang Ikhwan maksudkan semalam?
“ Ain..” panggil Ikhwan tiba-tiba di sebelah aku. Aku memaling wajah saat ternampak dirinya.
“ Itu tidak seperti yang awak fikirkan Ain..”
Aku masih berdiam.
“Saya tahu apa yang bermain difikiran awak, Ain..”
Aku mengigit bibir. Menahan rasa marah.
“ Kalau awak terus bercakap, saya akan batalkan majlis esok” marahku kasar.
Dia terdiam. Pandangan matanya menikam hatiku.
“ Kalau awak berani, buatlah..” cabarnya. Wajahnya berubah tegang meskiku tahu dia sedang mengawal suaranya.
“ kenapa awak degil, Ain?” soalnya.
Aku mengaju pandangan tepat ke dalam matanya. Tajam!
“Sekali lagi awak bersuara, saya akan batalkan semuanya!” jawabku lantas berlalu kerana abang sudah datang di hadapanku.  Aku berhenti seketika sebelum membuka pintu kereta abang.
“ Kalau masalah awak dengan perempuan tu belum selesai, saya akan biarkan rasa benci ini hadir untuk awak!”
Lantas aku membolosi diri ke dalam kereta abang. Dari cermin kereta aku memandang Ikhwan. Aku memejam mata. Yang aku tahu, hatiku menangis

0 ulasan: