BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 6- Vila Bahagai (ilham dari Full house)


“ Saya terima nikahnya Farah Humairaa binti Haji Mahdi dengan mas kahwinnya $303.00 tunai..”
        Dengan sekali lafaz itu, aku sah menjadi isteri Syed Iman Rizqi Syed Irwan Aiman. Bagaikan mimpi, aku kini menjadi isterinya dalam sekelip mata. Majlis akad nikah berlangsung di masjid. Banyak tetamu yang diundang dari kalangan orang berada. Aku terasa seperti terasing dalam kelompok keluarga itu meskiku dapat merasakan mama cuba mendekatkan aku dengan mereka. Banyak ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kuterima dari mereka. Agak lama kami beramah mesra dan akhirnya kami dipandu pulang oleh Pak Amin ke vila semula. Majlis persandingan akan diadakan dua minggu lagi. Pastinya, majlis gilang-gemilang itu diadakan di vila yang banyak menyimpan kenangan itu. Vila itu juga akan menjadi saksi persandinganku dengan lelaki yang bukan menjadi pilihan hatiku. Yang lebih parah lagi, aku akan menetap sebilik dengannya! Meski hatiku lega kerana vila itu secara mutlak menjadi milikku kembali kerana ternyata selama ini, nama pemilik vila itu belum lagi ditukar.
        “ Farah…” panggil Iman atau lebih tepat suamiku secara tiba-tiba mematikan bayangan silam dalam kotak ingatanku. Aku yang tadinya berdiri di balkoni bilik tidur utama itu hanya mengeluh. Hari semakin menarik tirai malam. Kisah hidupuku pula baru saja bermula. Pelayaran hidup bersama Iman yang entah dia akan memimpinku atau membiarkan aku menjalani kehidupan sendirian. Sebaik saja majlis bergambar keluarga di vila tamat, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku penat! Benar-benar penat dengan segala isi hati dan apa yang berlaku. Aku belum bersedia memikirkan rancangan selanjutnya untuk menghadirkan lagi rasa bahagia dalam hidup ini.
        Aku merasa sesuatu sedang menjalar di pinggangku. Dagunya pula disimpan atas bahuku.
Aku mengetap bibir.
Aku tahu itu Iman!
Dia sekarang sudah punya hak ke atas diriku. Meskiku menolak, dia tetap enggan mengalah! Enggan berhenti memelukku. Iman memang jenis yang berpegang pada kata-kata. Dia pernah berkata bahawa dia benar-benar mahu memilikiku dan tidak sabar untuk memelukku sepuas-puasnya. Padahal aku sudah meletakkan syarat supaya bersetuju menerima perkahwinan ini namun Iman lebih suka begitu! Mengambil kesempatan meski aku adalah haknya. Antara syaratnya, Iman tidak akan menuntut ‘hak’nya kepadaku selagiku belum bersedia.
        “ Sayang..” bisiknya dekat di sisiku.
Kuat detak jantungku saat bisikan itu masuk ke dalam pendengaranku. Namun, aku lebih senang diam. Tidak memberi respon. Aku takut setiap kata yang kuucapkan nanti bakal mengundang dosa pula. Aku sebenarnya tidak berpuas hati dengan syarat-syaratnya. Aku tidak dibenarkan bekerja! Jadinya, ijazahku disimpan saja. Lagipun dia mampu katanya menanggungku sepanjang hayat meskipun sampai 7 keturunan. Iman kata, ada kemungkinan besar aku akan berlaku tidak adil pada perkahwinan ini nanti!
Mana adil!
Aku hanya duduk terperap saja di vila sepenuh masa sebagai suri rumah! Kalau layaklah dinaikkan taraf sebagai suri rumah.
        Iman semakin mengeratkan pelukan. Aku sebenarnya mencuba untuk bertahan sedangkan hati berdegup hebat tapi aku lebih senang menanti tindakan beraninya. Aku sememangnya degil. Degil dengan keegoannya dan keegoanku.
        Iman sengaja menguji keberanian isteri yang baru dinikahinya itu. Dia mahu Humairaa patuh pada kata-katanya. Dia mahu Humairaan sedar yang dia tidak lagi hidup sendirian tapi sudah punyai teman hidup!
        Aku sedikit terkejut bila tangannya mencapai pin tudungku.
        “Iman.. apa ni?” soalku tidak faham, geram dengan kelakuannya yang tiba-tiba saja mengganggu ketenteramanku.
        Pantas saja tudungku dibuka. Klip rambut kecil juga dibukanya. Dibiarkan rambutku lepas bebas hingga ke bahu.
        Aku mengetap bibir. Selama ini,aku tidak pernah memperlihatkannya kepada mana-mana lelaki pun.
        Iman memain rambutku dalam senyuman.
Aku menundukkan wajah. Tidak tahan dengan pandangan yang terlalu menggoda itu.
        “ Tak sangka juga isteri saya ni cantik..” ucapnya tiba-tiba.
Benar!
Humairaa memang cantik. Rambutnya ikal asli, berwarna hitam dan beralun di bahagian bawahnya. Sangat cantik. Iman benar-benar merasa tidak menyesal mengahwini isterinya ini. Entah,perasaan apa yang membisik dirinya untuk memilih Humairaa. Dia benar-benar puas meskipun dia tidak punya alasan yang kukuh mengapa dia memilih untuk menikahi Humairaa.
Setiap kali dia bersuara, Humairaa akan diam.
Kenapa Humairaa?
        “Pandanglah..” pintanya lembut.
Aku mengangkat wajah. Tapi aneh, dia ketawa. Ketawa yang semakin lama semakin galak dan kedengaran nakal. Aku pantas menampar lembut tangannya. Dia segera menarikku ke dalam pelukannya sekali lagi. Aku benar-benar terpana dengan tindakan spontannya. Lama aku kaku dalam pelukannya tanpa membalas.
Kenapa Iman semakin aneh?
Barangkali dia hanya ingin mengambil kesempatan saja?
“ Iman..” panggilku sambil berusaha melepaskan pelukannya.
Aku  rimas!
Tidak tahan dengan tangannya yang semakin nakal. Jika aku punya hati padanya, aku tidak akan menolak apa jua keinginannya tapi ini berlainan. Hatiku kosong! Tanpa secebis rasa buatnya. Makanya aku lebih banyak menolak daripada dia bebas melakukan sesuatu meski aku sudah menjadi hak miliknya yang sah.
“ Rasanya..awak tahu cara panggil suami dengan hormatkan?”soalnya selamba.
Aku menelan liur. Terasa malas mahu memulakan perang mulut lagi. Fikiranku kusut. Kusut memikirkan statusku yang sudah menjadi isteri musuhku!
Aku memandang dia yang hanya berlalu bersama tudungku dengan selamba, menuju masuk ke dalam bilik semula setelah agak lama kami berdua di luar balkoni. Hatiku jadinya berbelah-bagi. Sama ada harus memujuknya atau tidak.
Akhirnya aku sekadar mengeluh dan berpeluk tubuh. Aku masih kekal berdiri di luar bersama kedegilan hati yang sentiasa menghalang. Lama kumemandang jauh ke langit. Meski ciptaan yang Maha Esa itu sudah ditaburi bintang malam, sungguh!
Aku merasa benar-benar tenang.
kemudian aku merasa ada ciuman singgah di pipiku. Aku sungguh terkejut makanya berpaling.
Iman sedang tersengih.
Aku mendengus kasar!
Itu perbuatan tiba-tiba yang mengundang kemarahan.
“ Nak marah?” soalnya seraya memelukku dari belakang.
Erat!
Marah pun tidak ada gunanya. Sudah sememangnya aku adalah haknya,mengapa mesti menyangkalkan lagi?
Sesekali malam yang sunyi itu menghembus angin malam yang dingin dan semakin lama semakin dingin. Tambahan lagi, vila ini berhampiran pantai dan bilik kami menghadap ke arah laut. Mungkin kerana kedinginan itu, Iman lebih senang mengeratkan pelukan. Aku senang dilindungi begitu. Entah apa yang kami lakukan di luar itu. Sekadar memandang halaman vila dan bintang!


0 ulasan: