Suasana di lapangan terbang pada musim begini lenggang sahaja kerana ia bukan musim cuti sekolah mahupun kelepasan awam. Meskipun begitu, kami terpaksa jua berbaris panjang untuk mengambil tiket yang ditempah dan membuat pemeriksaan sebelum kami menaiki kapal terbang.
Aku mengerling jam di tangan sekilas. Ada 45 minit sebelum berlepas. Lantas, aku menarik lengan suamiku itu untuk duduk sebentar di tempat menunggu kerana kakiku sudah lenguh akibat berdiri dengan terlalu lama meskipun keterujaanku untuk ke Paris yang menjadi destinasi berbulan maduku. Semenjak aku menjadi isteri Adam, aku seolah-olah lupa pada perihal sekolah yang selalu membuatkan aku tertekan itu. sambil-sambil kami duduk itu, sempat juga Adam membeli minuman pelepas dahaga kami.
“ Berapa lama abang cuti?” soalku kepada Adam yang masih duduk tenang di sebelahku.
Dia membalas pandangan.
“ 3 minggu.. why?” soalnya sopan.
Aku bersahaja mengangkat bahu.
“ Yang.. can you do a favour for me?” tanyanya serius tapi perlahan. Mungkin benar-benar memaksudkan pertanyaannya itu.
“ Sure.. apa?” jawabku manja.
Dia mencapai tanganku dan menggengam tanganku erat.
“ Jangan kerja lagi, please..” pintanya bersungguh-sungguh.
Aku terdiam seketika. Permintaannya mengingatkan aku pada permintaan Ikhwan suatu masa dulu.
“ Kitakan like to teach, abang..” rungutku manja-manja.
Dia memandangku penuh mengharap tapi tanpa suara. Keadaan itu menghadirkan rasa belas di hatiku.
“ Okey..” jawabku mengalah.
Jawapanku itu membawa erti aku harus berhenti bekerja sebagai pendidik. Sekaligus menghilangkan impianku yang ingin menjadi guru sejak kecil lagi.
Tanganku yang digenggamnya kutarik. Bukan bererti aku merajuk tapi rasa kurang senang sebenarnya dengan permintaannya.
“ You still can teach, dear..” pujuknya.
“ so then tell me when?” perliku.
Dia tersenyum nakal.
Aku dah agak. Mesti nak meloyar buruk lagi! Senyuman itu yang menyebabkan aku membuat kesimpulan sebegitu.
Aku menjelingnya.
“ Betul yang.. “
Aku mencebikkan mulut.
“ Ajar siapa?” soalku tidak berpuas hati.
Dia mendekati wajahnya ke wajahku.
“ Anak-anak kita..” bisiknya.
Frasa itu terlalu indah kudengar tapi saat itu Adam sebenarnya hanya mengusik dengan lawaknya yang selamba!
Aku memukul tangannya sedangkan saat itu aku sebenarnya malu. Lalu Adam, sekali lagi melepaskan tawanya.
“ Ha..suka hati sangatlah tu..” perliku.
Dia tersengih.
“ Mestilah..” jawabnya selamba mengundang geram di hatiku.
“ Malaslah nak layan abang ni..”
“ Kan dah tayang muka rajuk lagi..” usik Adam.
Aku berpeluk tubuh. Masih berkira-kira mahu melayan rasa rajuk dan ingin melihat kesungguhannya memujuk aku.
“ Yang.. abang rasalah..” kata-katanya sengaja dimatikannya di situ. Dibiarnya aku sendiri membuat kesimpulan.
“ Rasa apa?” soalku sambil menjengilkan mata kerana geram dengan caranya yang mendatangkan rasa curigaku.
Dia ketawa dulu sebelum menjawab pertanyaanku.
“ Gerenti anak-anak abang kuat merajuklah macam mama dia ni nanti..” lalu dia melepaskan tawa lagi.
Aku terlopong dengan usikan selambanya.
Aku mengetap gigi kerana geram tapi suasana mesra antara kami itu terganggu dengan suara lunak petugas di lapangan terbang itu dengan pengkhabaran panggilan pertama penumpang untuk masuk ke kapal yang akan membuat penerbangan ke Paris.
Demi saja mendengar khabar itu, aku pantas berdiri menarik tangan Adam untuk bergegas.
“ Relakslah yang..” nasihat Adam.
Aku sekadar tersenyum manja.
“ You know how much do i like it..” jawabku.
Dia mengangguk.
“ and you know i like you more than going there..” ucapnya romantik.
Aku ketawa kecil.
“ Belum nampak real abang.. Di Paris nanti kalau nak jadi mat romeo, kita tak hairan. Mood romantik boleh datang..” lalu aku menarik lagi tangannya dengan tergesa-gesa.
Dia sengaja melangkah malas tapi aku tidak peduli. Selagi kami tidak masuk ke perut kapal terbang, aku tetap rasakan perasaan teruja itu kuat membara. Demi perasaan itulah aku sendiri tidak sabar-sabar untuk melintasi garisan pemeriksaan.
Tiba-tiba saja dalam keadaan yang tergesa-gesa itu aku berlanggaran dengan seseorang.
Aku menoleh pada si gerangan. Rasa bersalah kerana berbuat demikian. Tapi rasa bersalah itu hilang serta-merta kerana seraut wajah itu.
Seraut wajah yang membuat luka, duka dan parut di hatiku.
Kenapa harus bertembung dengannya lagi di sini?
Wajahnya nampak serius tapi ada riak terkejut. Tanpa suara, tanpa kata maaf aku meninggalkannya dengan jelingan benci yang benar-benar membara. Aku mempercepatkan langkah untuk mendapatkan Adam yang hanya beberapa langkah mendahuluiku. Aku dapat agak Adam itu melihat kelibat Ikhwan kerana sebaik saja aku berpaling, susuk tubuhnya sudah hilang.
Aku menghela nafas lega. Aku yakin dia tidak akan satu pesawat dengan kami kerana dia membelok kiri. Pesawat itu akan terbang ke USA kerana tertera di papan tanda sedangkan kami akan menuju ke Paris.
Syukurlah.. kami tidak akan bertembung!
Aku mempercepatkan langkahku menarik Adam masuk ke ruangan pesawat itu.
Paris.. here I come. Hatiku menjerit!
0 ulasan:
Catat Ulasan