BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab4-semalam dalam kenangan

Pagi yang cerah itu, aku menerima sekeping surat makluman bahawa pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan bagi kumpulan ahli bahasa sahaja. Apa yang aku maklum, aku merupakan antara guru yang menjadi ahli jawatankuasa untuk program itu. Program itu bertujuan untuk meninjau perkembangan mereka dalam kemahiran berbahasa dan sebagai menarik minat pelajar, aktiviti itu diserapkan ke dalam program perkhemahan.
         Aku melipat perlahan kertas makluman itu dan meletakkannya di atas meja. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku mengambil buku laporan perkembangan pelajar-pelajarku dan menelitinya satu persatu. Kebanyakkan mereka merosot dalam bahasa Inggeris tetapi keputusan bagi bahasa Melayu dan Arab amat memuaskanku. Entahlah. Dimana silapnya pun aku kurang pasti. Setiap kali ada kelas bahasa Inggeris, aku yakin sebenarnya mereka boleh mempratikkannya kerana ia merupakan bahasa komunikasi dunia.
         “ Cikgu Ain..” panggil Cikgu Marliah atau lebih mesra dipanggil Kak Liah mengganggu sedikit konsentrasiku. Aku mengajukan pandangan kepadanya.
         “ Kenapa kak?” soalku sopan sambil tersenyum.
Kak Liah beralih duduk di meja kosong hadapanku. Entah, bilakah meja di hadapanku itu akan terisi.
         “ Nak dengar cerita tak?” soal Kak Liah dalam nada yang sensasi.
Aku sekadar tersenyum. Kak Liah memang tak asing lagi dengan kisah-kisah sensasinya dan aku adalah antara tempatnya meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang murid-muridnya mahupun tentang hal pentadbiran sekolah. Kadangkala, semua yang masih samar-samar pun akan disampaikannya dan kadangkala yang diceritakannya itu menjadi kenyataan.
         “ Apa cerita kali ini, Kak?” soalku sekadar mengusiknya.
Kak Liah ketawa dan tawanya mengundang pandangan guru-guru yang lain. Aku menjeling Kak Liah sebagai isyarat agar dia mengawal suaranya yang mungkin mengganggu guru-guru itu.
         “ Tak adalah. Mana ada yang hot pun..” jawabnya selamba.
Aku mengerutkan kening. Agak hairan dengan jawapan yang bersahaja itu. Selalunya, ada-ada saja yang disampaikannya.
“ Eeeeeiii.. buruknya tayang muka macam tu..” usiknya.
Aku yang tersedar dengan usikan Kak Liah pantas menghadiahkannya cubitan di lengannya.
“ Cepatlah Kak.. cerita apa?” paksaku dengan nada manja.
Kak Liah kudengar mengaduh sakit. Dia sempat menghadiahkanku jelingan mautnya sebelum membuka cerita.
“ Pengetua pesan suruh Ain kemaskan meja ni. Esok pagi ada guru baru masuk..” ujarnya serius.
Aku mengerutkan dahi.
“ Lelaki atau perempuan?”
Kening Kak Liah terangkat.
“ Maksud pertanyaan itu ialah..?” soal Kak Liah nakal.
“ Eh.. soalan yang straight forward. Tak ada bengkang-bengkok...” jawabku berbaur rajukan. Melihat pandangan Kak Liah yang agak nakal itu, aku pantas berpeluk tubuh.
“ Lelaki.. lulusan mana ya... Kak Liah lupalah..” jawabnya.
Aku tersentak dengan khabar itu.
“ Kenapa?”
Aku tersenyum. Menyembunyikan rasa tidak selesa dengar berita itu. Mana mungkin aku selesa kalau yang duduk di hadapanku nanti lelaki! Mentang-mentanglah aku guru yang paling muda dikalangan mereka, senang-senang saja mereka buat keputusan begitu.
“ Sebab Ain belum kahwinlah kena padankan dengan Ain..” sambung Ka Liah bagaikan tahu apa yang sedang aku fikirkan.
“ Tak adillah Kak..” aduku.
Kak Liah menukar posisi duduknya.
“ Beritahu 10 sebab kenapa?” ucap Kak Liah seperti tidak berpuas hati.
“ Pertama dan terakhir, Ain tak sukalah Kak...” jawabku tidak puas hati.
Anehnya, Kak Liah hanya ketawa. Tapi, tidak lama kemudian tawanya mati menghadirkan rasa hairan di hatiku. Tiba-tiba saja Kak Liah menggapai tangan kananku. Lama matanya memandang jari manisku. Matanya kaku pada sebentuk cincin yang kusarung di jari itu. Aku jadinya gugup. Pandangan diajukan ke wajahku. Aku mencuba mengawal rasa.
“ Ada yang Kak Liah missed my dear?” soalnya serius.
Aku menelan liur. Menggigit bibir.
Keningnya terangkat. Menanti jawapan dariku. Aku menghela nafas kasar.
“ Tanda Ain dah jadi tunangan orang Kak..” jawabku perlahan.
Tiba-tiba Kak Liah terjerit bahagia. Aku pantas menekup mulutnya. Aku tidak  mahu kisahku dicanangnya pula nanti. Tawa Kak Liah masih bersisa. Berkali-kali Kak Liah mengucapkan tahniah kepadaku namun aku sekadar tersenyum saja.
“ Tapi, kempunanlah cikgu baru ni nak tackle Ain yaa..” usiknya.
“ Apalah Kak Liah ni..” rajukku.
“ Yelah, Kak Liah dah jumpa dia tadi. Muda bergaya. Alamat penuhlah ruangan guru kita ni lagi..” jawab Kak Liah seraya berlalu meninggalkan tempat itu. Kulihat Kak Liah sibuk menyediakan buku-bukunya. Ada kelas lah tu!
Kak Liah melambaikan tangannya dan berlalu meninggalkan aku termangu di sini.
Aku menghela nafas panjang. Pantas fikiranku menerawang pada Ikhwan. Tidak hanya padanya, fikiranku melayang memikirkan agenda perkhemahan sekolah pula. Eish! Serabutnya! Mana nak fikir majlis kahwin dalam masa sebulan lagi!
Aku mencapai semula surat makluman tadi. Agaknya, boleh tak kalau aku menolak untuk tidak turut serta dengan alasan aku akan mengadakan majlis kahwin?

0 ulasan: