BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

bab 26-semalam dalam kenangan


“ Ain!” jeritan itu hanya hanyut dibawa aliran angin yang berhembus. Kereta isteri kesayangan Adam sudah jauh terhumban. Bagaikan mimpi, kejadian itu terjadi di hadapan matanya saat dia mengejar isterinya yang memandu dengan laju itu. Tahulah dia kenapa isterinya merajuk dan marah dengan tiba-tiba. Hanya kerana sebuah bingkai potret yang ditemuinya di belakang rumah sudah meragut nyawanya dengan kejam.
Masih sempatkah Adam menemui isterinya itu?
Orang ramai yang sedang menyaksikan kemalangan itu hanya mampu menggeleng-geleng. Airmata Adam sudah merembes keluar dari matanya. Raungan umi dan Sarah menambah sayu di hatinya. Bahu Adam dipukul menyedarkan dia dari kesedihan yang terlalu itu.
“ Cepatlah hantar dia, Adam!” marah Sarah dalam tangis.
 Tapi Adam hanya kaku.
“ Dia hanya tidurlah..” kata Adam bagaikan orang kurang siuman.
Umi sudah semakin menguatkan raungan.
“ Adam.. Ain cedera Adam.. “ khabar umi mengejutkan Adam dari kebodohannya yang makin lama makin melengahkan peluang hidup Ain yang sedang cedera itu.
“ Kau nak biarkan dia mati?” marah sarah lagi.
Adam seolah-olah tersedar dengan ayat terakhir Sarah.
Mati?
Tidak! Aku tidak ingin dia pergi meninggalkan aku.
Ain.. jangan pergi dulu!
Adam pantas mengangkat isterinya yang berlumuran darah di seluruh tubuhnya, yang kaku tanpa nafas.
TUHAN, redhaku ada padaMU. Selamatkan dia, TUHANku.

0 ulasan: