Tersedar dari situasi itu, aku menundukkan wajah. Rasa malu dengan tindakan Iman. Aku membuka langkah menjauhinya dan berlari pulang menuju ke vila. Meskipun aku mendengar Iman berulang kali melaung namaku, namun aku belum bersedia memandangnya saat ini. Aku berlari menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilikku. Aku menguncinya dari dalam. Perlahan demi perlahan aku terduduk di balik pintu bilikku itu.
Aku termangu. Menyentuh bibirku yang tadinya disentuh bibir Iman.
Oh Tuhan... aku hampir saja gila dengan setiap tindakannya! Mengapa setiap kali aku merasakan Iman yang hampir terjatuh kepadaku, aku juga merasakan yang sama?
Aku memeluk lutut, erat. Mataku mula menakung airmata. Entah pilu, entah sedih, aku kurang pasti dengan perasaanku sendiri. Aku hampir-hampir kalah dengan apa yang telah aku lakukan dan apa yang telah aku rencanakan. Iman sendiri pernah mengatakan, jika ada rasa yang timbul di antara kami, ia tidak perlu dipertanggungjawabkan. Tidakkah itu sakit nantinya?
Aku mengesat airmata yang jatuh. Aku berdiri dari tempatku duduk. Bersama nafas baru, aku ingin membina semangat yang lebih tinggi. Bersama langkah baru, ingin membina keyakinan yang kuat. Aku belum mahu kalah di hadapannya. Aku tidak mahu tersungkur di atas kejayaannya menundukkanku.
Tidak!
Aku perempuan punya harga diri. Aku tidak akan lupakan kesakitan yang pernah dia berikan kepadaku. Aku bukan boneka mainan. Bukan insan yang tidak punya perasaan.
Aku menyentuh bibirku lagi.
Masih terasa hangat sentuhan itu.
Ah... terusan begini aku bisa jadi gila!
Aku membuka tudung yang kupakai dan meletakkan di dalam bakul basahan. Sesekali aku mundar-mandir menahan gelisah yang semakin menggila. Aku tidak tahu apa itu cinta kerana aku belum pernah merasainya. Kalau rindu, ya.. aku rasakannya. Aku rindu pada kedua ibubapaku. Entah berbeza atau tidak, aku kurang pasti. Lantaran itu, aku tidak pandai menebak perasaan apa yang aku alami saat ini. Bukan aku mahu belajar atau mengenal erti cinta apatah lagi mengongsi hati ini untuk Iman, tapi aku belum bersedia untuk patah hati. Kerana itulah saat pertama Iman mengajakku berkahwin dengannya, aku tidak menolak. Kerana aku sendiri tidak pasti bahawa aku boleh atau tidak hidup dengannya tanpa rasa cinta. Aku hanya mahukan pendamping hidup yang membolehkan aku menjalani hidup saja. Lagipun, Iman datang dalam hidupku tepat pada waktunya, oleh itu mengapa mesti aku sangkalkan dan menolak kehadirannya yang boleh memberikan aku kesenangan?
Pintu diketuk perlahan.
“ Farah..”
Aku tersentak. Suara itu amat aku kenali. Aku menelan liur. Masih teringat peristiwa tadi.
Pintu diketuk lagi.
Aku melangkah menuju ke katilku. Aku melabuhkan punggung. Rasa seram sejuk jemariku mendengar panggilan Iman yang berulang kali itu.
Pintu dikuak. Aku mengajukan pandangan kepada si gerangan yang membuka pintu itu. Aku pasti Iman sudah membukanya dengan kunci pendua yang sememangnya ada tersimpan padanya. Kata Iman sebagai hal kecemasan, dia akan gunakannya. Tapi, apakah pertemuan ini merupakan hal kecemasan?
“ Awak nak apa?” tanyaku teragak-agak lantas berdiri dari tempatku duduk. Iman melangkah menghampiriku.
“ Kenapa lari?”
Aku menggigit bibir lalu menunduk. Tidak tahan dengan renungan itu. Iman menarik kedua belah tanganku. Tapi aku masih lagi menunduk. Tahukah Iman aku sedang gelisah dan rasanya mahu pecah jiwaku menahan perasaan yang sudah semakin menggila ini?
“ Kenapa awak kelihatan takut pulak ni?” soal Iman bersahaja.
Aku gugup.
“ Mana ada..” jawabku teragak-agak tanpa memandangnya.
Iman tertawa kecil. Mana mungkin wajah yang sudah kelihatan berubah itu mampu menipunya.
“ Farah..”
“Ya..”
Iman diam lagi. Seolah-olah sedang mencuba merangkai kata untuk dia ucapkan kepadaku.
“ Awak rasa, boleh tak kalau kita baiki hubungan kita?” soalnya selamba sambil melabuhkan punggungnya disebelahku. Hatiku berdegup kuat. Pandangan Iman menakutkan aku. Wangiannya menusuk ke dalam rongga hidung. Hampir lemas sekali dengan situasi ini.
Aku gugup. Sekadar berdiam. Bagiku pertanyaan itu terlalu tiba-tiba dan tidak terjangkakan.
Iman menyentuh rambutku. Membelainya penuh mesra. Aku hampir terbuai dengan sentuhan hangat itu. seakan terlupa sengketa yang pernah kami cipta sebelum ini.
Aku mengigit bibir dengan kuat. Pandangan Iman itu, aku tidak bodoh untuk tidak memahaminya. Dia inginkan ‘hak’nya yang ada padaku yang masih lagi tertangguh.
“ Boleh tak?” bisiknya.
Aku menelan liur. Inikah yang Iman inginkan di hari ulang tahunnya? Aku takut dia tidak akan mempertanggungjawabkan apa yang akan dia lakukan tadi.
Aku tersentak. Sentuhan Iman semakin meliar. Aku hanya mampu menahan rasa. Aku tahu berdosa kalau aku menidakkan ‘hak’nya itu. persoalannya, aku masih belum bersedia. Bukankah Iman berjanji tidak akan memaksa dan aku sendiri yang akan menyerah jika aku sudah rela?
Ah.. TUHAN, aku hanya mampu pasrah!
0 ulasan:
Catat Ulasan