BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 13- Vila Bahagia (ilham dari full house)


2 hari berlalu...

        Masa yang aku nantikan sudah tiba. Majlis persandingan kami diadakan di vila dan bukannya di hotel seperti yang telah dirancang terlebih awal oleh mama dan aku. Majlis itu diadakan pada waktu malam. Lokasinya cantik, luas dan memadai menampung keramaian tetamu yang diundang mama. Di belakang vila, berhadapan dengan pantai. Atau dalam erti kata lain, majlis itu diadakan di pantai di belakang vila. Tema perkahwinan masih dibuat seperti yang aku impikan. Majlis perkahwinan ala taman. Khemah sudah banyak didirikan, yang lebih indah diterangi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni.
Aku terasa seperti puteri raja pada malam itu. lorong yang akan aku lalui menuju ke pelaminan dipenuhi dengan bunga-bunga mawar yang wanginya bisa menusuk ke rongga hidung. Aku sendiri cinta pada bunga mawar. Aku punya alasan tersendiri mengapa aku suka bunga yang berduri itu. Insan selalu memberi pandangan yang negatif pada bunga itu. mereka boleh saja mengatakan pemilik kuntumannya akan terluka kerana duri yang ada padanya.
Tapi mereka lupa, walaupun mawar itu berduri tapi embun juga ada di setiap kelopaknya. Bunyi-bunyi irama lagu juga sudah kedengaran. Pastinya lagu-lagu pengantin yang berkumandang. Mama yang membuat tempahan, mengundang sebuah kumpulan muzik untuk memeriahkan persandingan kami. Semua itu dapat aku saksikan dan dengar dari jendela bilikku berada sekarang kerana aku sedang dihias oleh penghias upahan mama juga. Sally namanya.
Iman sudah dipisahkan dariku. Kata mama, takut hilang seri pengantin.
Aku tersenyum sendiri dengan bebelan mama bila teringat akan kenyataan itu. Bukankah aku sudah lama tinggal dengan Iman?
“ Dah cantik pun..” penyolek upahan mama berkata sedikit garau. Kalau tidak keterlaluan, aku ingin katakan dia cantik seperti perempuan tapi sayang, suaranya garau. Aku yakin, sesiapa saja yang memandang dan mendengar pasti akan mengatakan dia sebenarnya lelaki.
Aku tersenyum sendiri saat tersedar yang aku sebenarnya sedang mengata penyolekku itu.
“ Dah boleh pandang cermin..” katanya sambil menarik aku ke hadapan cermin.
Aku memandang diriku di hadapan cermin jernih itu. Agak lama dari yang selalu.
Ini aku?
Gaun yang ditempah Iman ini sungguh cantik untukku pakai. Dua hari yang lalu, dia sengaja membawa aku mencuba pakaian pengantin tapi hari ini lain dari yang aku cuba. Iman sebenarnya ingin mengaburi mataku yang kononnya aku tidak tahu-menahu akan adanya gaun ini. Gaun ini aku boleh katakan seperti gaun cinderella sewaktu mengahwini putera raja. Agaknya bila jam sudah berdetik ke angka dua belas tengah malam, aku akan hilang cantik tak?
Aku ketawa kecil. Mana tak sayang, aku suka sangat pada gaun hadiahnya ini. Dengan memakai tiara berpermata biru laut, dengan sepatu kaca ditempahnya dari luar negara, aku benar-benar mula merasakan diriku cantik dan bergaya walaupun bertudung.
Sally menarik tanganku dan mengajak aku keluar bilik. Aku menuruni anak tangga yang sudah terhias indah dengan bunga-bungaan itu dengan perlahan. Rakaman lensa kamera berulangkali bermain di hadapanku. Suara pujian menyapa pendengaranku. Banyak tetamu yang datang lebih kepada ahli syarikatnya dan juga keluarga mama yang kebanyakkan berketurunan kacukan arab.
Aku melangkah sedikit gugup saat diajak keluar dari vila melalui pintu luncur di bahagian belakang vila. Aku diajak untuk turun menuju ke arah pantai di situ. Sungguh angin pantai pada malam itu terasa nyaman menyentuh ke wajahku. Cuaca juga kelihatan baik dan disirami dengan cahaya bulan kerlipan bintang-bintang.
Aku menuruni anak tangga yang diperbuat daripada kayu menuju ke arah pantai yang menjadi lokasi majlis kami. Wangian mawar berada dimana-mana. Mataku terarah ke pelaminan yang sudah terhias dengan cantik. Pelaminan kami berada di sebelah kanan dan meja undangan para tetamu banyak tersusun di sebelah kiri. Di sampingnya pula ada pentas kecil, khas untu kumpulan muzik undangan mama itu. Muzik itu sengaja didiamkan dulu kerana memberi perhatian para tetamu untuk memandang aku yang sedang melangkah. Gementar sudah mula menghukum kalbu. Tapi ini aku lakukan demi memandang riak polos milik mama yang kelihatan bahagia itu. hatiku sendiri berbisik.. ibu.. ayah... Mairaa rindu!
Pelaminan yang hanya dengan sebuah kerusi sedikit panjang, aku nantinya akan duduk di situ. Warna tema ungu dan merah jambu itu sangat menarik hatiku. Kumbang-kumbang rekaan juga ada dimana-mana, kicauan burung-burung, desiran air terjun yang sudah digubah menjadi landskap dan bermacam-macam lagi.
Aku melangkah dengan yakin menuju ke situ tanpa Sally lagi. Hatiku disapa pertanyaan kerana Iman tidak menyambut aku di situ. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi di pelaminan itu. Panahan lampu, lensa kamera juga sudah terarah seluruhnya kepadaku. Aku duduk ke tengah sedikit kerana agak janggal membiarkan ruangan itu kosong.
Satu detik, dua detik, tiga detik..
Nada muzik kedengaran lagi. Kali ini penyanyinya bukan bersuara seperti yang aku dengar sejak tadi. Lantaran itulah, bersama senyuman manis aku mengarahkan pandangan ke arah kumpulan itu. hampir tergamamku di situ saat terpandangkan suamiku yang berada di situ. Memandang Iman sedang memegang mikrofon. Lagaknya seperti ingin berkata tapi diiringi muzik pula. Iramanya aku kenal. Lagunya aku tahu. Lagunya yang saat pertama kali aku mendengarnya, hatiku hampir patah.
 “ Istimewa untukmu, isteriku...” suara Iman kedengaran nyaring, namun seolah berbisik di pendengaranku. Aku sungguh tidak menyangka akan kejutan demi kejutan yang diberi padaku di malam persandingan ini.
Romance-Kuingin kamu.

Dari semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau menjadi milikku
Kuingin kau di sampingku...
Tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa syurga dalam hatiku..

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu..
Menjagamu selama hidupku..
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Kuakan setia di sini menemani..
Sentuhanmu..
bagaikan tangan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan buatku tak kuasa..

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu..
selama hidupku..
dan aku kan berjanji..
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia di sini..

disetiap ragam gerakmu tersemat di hati kecilku
bahwa dirimu
terindah untukku..

selamaku masih bisa bertahan
selamaku masih bisa bernafas
selama tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu...

Lalu... buat pertama kali selepas perkahwinan kami, aku menjatuhkan airmata. Benar-benar tersentuh hatiku dengan setiap bait kata-kata pada lagu itu. aku tidak peduli sama ada Iman tidak bersungguh memaksudkanya tapi aku bahgia kerana dia menyanyikannya untukku. Aku tahu, Iman mahu memberikan kenangan terindah kepadaku. Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Suara pujian tetamu mengusik keasyikanku memandang suamiku itu. seolah-olah saat itu, hanya ada aku dan suamiku itu. saat lagu itu berakhir, Iman melangkah tampan ke arahku bersama sejambak mawar kaca yang beraneka warna. Dia menyuakannya kepadaku.
Our wedding would last if the last petals fall..” bisiknya mesra, mengucup dahi, beralih kedua pipiku dan duduk di sebelahku.
Aku terkesima dengan bisikan itu. bukan kerana dia berlaku romantik secara spontan tapi lebih ke arah makna bisikan itu. perkahwinan kami hanya akan berakhir jika kelopak mawar kaca ini jatuh berguguran? Bagaimana mungkin ia terjadi?
Tangan Iman melingkar mencari posisi pinggangku. Aku mengerlingnya sekilas dan dia membalas pandanganku bersama senyuman yang nampak ikhlas. Lantaran rasa resah bermain di tangkai hati, aku mengalihkan pandangan semula ke arah tetamu. Majlis kami diteruskan dengan tepung tawar oleh sesetengah ahli keluarga mama.
Ah...benar-benar indah majlis ini.
Terima kasih Iman.... luahku dalam hati saat sekali lagi pandangan kami bertaut.

1 ulasan:

nursya berkata...

ssweetttttttttt sgt si iman nie...
aduh blh cair gini...